Penglibatan NGO Hafidzah Mustakim

Selain daripada penglibatan dalam politik, Hafidzah juga aktif dalam pelbagai NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan). Beliau merupakan seorang ahli Lembaga Pengurusan Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhah Sakeenah Kelantan. Hafidzah juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Wanita (MAWAR) di YADIM pada tahun 2019-2020. Selain itu, beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Wanita Kelantan dalam kategori Kepimpinan dan Kemasyarakatan pada tahun 2015[7]. Hafidzah juga pernah menjadi Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia dari tahun 2011 hingga 2017, serta Naib Ketua Wanita IKRAM Malaysia dari tahun 2014 hingga 2017. Penglibatannya dalam peringkat antarabangsa juga pernah diwakili dengan menjadi delegasi Persidangan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CSW49) di New York, Amerika Syarikat pada tahun 2004. Selain itu, beliau juga memegang jawatan Ketua Wanita dalam Muslim Student Association, Monash University, Australia pada tahun 1988, dan Ketua Wanita dalam Australian Federation of Muslim Student (FAMSY) pada tahun 1989.